Wednesday, 10 February 2010

• Lalu Aku Harus Bagaimana?

Salam :)

Moga dibawah lindungan ALLAH semuanya. Sekali lagi, kelas cancel pada pagi ini sebab lecturer ada hal dengan lecturernya (lecturer saya ni msh juga study :)). Suka la tak ada kelas, tapi yang tak sukanya sebab nanti ada replacement class la.

Bangun diawal pagi kerana perut mengidam nasi lemak. Hihi, rindunya nasi lemak Ma! Owh, sambal bilis beliau yang tiada bandingan! Oh! Nafsu makan :P


Usai kenyang perutnya, saya selesaikan pembacaan yang sering kali tertangguh. Akhirnya, berjaya juga saya habiskan pembacaan buku ini. Mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menghabiskan bacaan buku yang tipis saja ketebalannya. Sila jangan tiru amalan buruk ni. Haihhh!


MasyaALLAH! Buku yang terlalu banyak manfaatnya. Tak keterlaluan kalau saya katakan buku ni patut dimiliki oleh semua Muslimah :)

Pembacaan saya tidak terhenti di situ, masih banyak yang menunggu giliran. Hehehe. Satu lagi buku hebat yang membuatkan saya tiba-tiba tersedar. Subhanallah! 'Aku ni ciptaan ALLAH yang cantik rupanya!'. Memang tak diakui, kadang-kadang diri banyak menyoalkan kenapa perempuan tu lagi cantik? Kenapa mata dia comel? Kenapa muka dia putih melepak saja? Kenapa dia tak ada jerawat? Kenapa hidung dia mancung? Kenapa? Kenapa??


Tapi ketahuilah, semua muslimah itu cantik! Kalau tak percaya, bacalah buku ni. Anda pasti menemui jawapannya. InsyaALLAH. Bila dah tau kita memang ciptaan ALLAH yang hebat dan cantik, lalu kita harus bagaimana??

Persoalan yang anda juga akan menemui jawapannya didalam karya Burhan Sodiq ini. Analogi mudah tentang kecantikan. 'Secantik mana pun botol minuman alkohol itu, tetapi sebaik-baik ia digunakan untuk mengisi arak, maka tetaplah ia hodoh. Demikian juga sebaliknya, jika botol yang sederhana, tetapi diisi oleh minyak atar, maka ia tetap indah seindah wangian yang dituangkan ke dalamnya'. Enjoy reading people!



Salam Sayang,


Tuesday, 9 February 2010

• Tapi Kenapa?

Assalamualaikum w.b.t.

I always want to write. Memang passion towards writing tu tinggi la. But then, time sometimes get jealous of me. Hari ini, kelas pagi cancel sebab lecturer nak ke rumah seorang pelajar asasi yang bapanya telah kembali ke rahmatullah (innalillah...).

And last night, alhamdulillah, saya berpeluang lagi mengikuti ceramah agama. Perbincangan tentang nafsu dan akal. Panjang lebar penjelasan dari Ustaz Khamis. Moga mendapat manfaat untuk saya dan semua hadirin yang hadir. Walaupon ada test pada petang ni, saya tak rasa ia suatu pengecualian untuk tidak menghadiri majlis ilmu itu.

Apa yang buat saya tertarik ialah apabila terdengar perbualan bebarapa orang makcik-makcik masa makan-makan. Mengumpat? Hurm, bukan apa yang diumpatkan itu menjadi tarikan perhatian saya, tapi the other part.

Makcik 1: Si anu tu ada tanya tak pasal aku?
Makcik 2: Tak ada la plak. Dia jarang dah tanya pasal kau.
Makcik 3: Dia dah tutup mulut sekarang.
Makcik 1: Aku kan dah tak join depa, kalau ada baca yasiin pon lepas aja sudah baca yasiin, aku terus balik. Terus hilang.
Makcik 2: Mentang-mentang la kita selalu datang sini, depa terus pulau kita. Apa la depa ni.
Makcik 1: Aku pon tak faham depa ni. Kita datang ni nak belajar agama. Bukan buat apa pon.
Makcik 3: Orang-orang kat taman ni macam ni la. Kalau kita datang sini je, mesti nak pulau kita. Tak nak cakap ngan kita dah. Ha! Nak, kau nanti kalau ada orang taman ni tau kau selalu datang sini, depa pulau la kau.

Erk! Saya terkedu. Ingin saja ditanya kenapa. Tapi malas nak memanjangkan cerita. Saya hanya senyum. Saya tak penah kenal sapa2 pon kat sini. Sapa yang nak pulau kan saya? Kenapa dorang suka-suka hati je nak pulau kan orang? MasyaALLAH! Bila saya ceritakan hal ini kepada seorang teman, dia senyum saja. Diforwardkan ayat-ayat ini.

'Nabi s.a.w dan para sahabah baginda telah merentasi lembah ujian yang perit untuk membawa dakwah ini. Di situlah mereka terpaksa membelanjakan harta, menanggung sengsara dan keperitan hidup, bahkan menggadaikan nyawa. Bukan untuk kepentingan mereka semata, tetapi untuk manusia sejagat.Di situlah mereka hayati kemanisan iman, kelazatan perjuangan, kenikmatan persahabatan juga kasih-sayang yang sebenar dari lubuk jiwa para pejuang. Di situ mereka menemui cinta yang sejati kepada Allah dan RasulNya. Ketika dunia kehairanan melihat mereka bagaikan memperjudikan diri untuk membawa risalah Tuhan, padahal mereka sebenarnya tenggelam khusyuk dalam lautan nikmat kecintaan dan tawakal kepada yang Maha Esa.'

'Namun sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. Apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. Apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki.'

'Sebaik-baik kaya ialah kaya hati; Sebaik-baik bekal ialah taqwa; Seburuk-buruk buta ialah buta hati; Sebesar-besar dosa ialah berdusta; Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba; Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim; Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah; Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah.'

(image: Google)

Terus tersenyum saya membaca petikan yang diforwarkan beliau ni. Pedulikan saja apa yang orang nak kata. Kan? Yang penting Allah maha mengetahui apa yang tersirat disebalik semuanya. Semuanya sama saja di sisi ALLAH :)




Salam Sayang,

Sunday, 7 February 2010

• Tips For Muslimah.

Salam alaik.

I have tips that I would really like to share with all Muslimah in this world. Maybe you already know about it, but I just tried it yesterday. Ya, I am jakun :P

I also know that most of the Muslimah suffering from this problem. Wearing a hijab all day long will lead you to this problem. Dont get me wrong, saya bukan nak cakap pakai tudung tu menyusahkan. Tapi when it comes to itchy scalp, semua orang tak selesa kan? I've been reading and googled about this remedies. Only using lemons.

(Image: Google)

Seriously tak pernah try guna lemon before this. First time try, sangat teruja! Dengan aroma lemon yang best, dan rasa yang sangat segar selepas itu memang membuat saya rasa berbaloi sangat cuba petua ini.

Caranya mudah saja. Potong lemon, then just rub onto your scalp so that the juice of the lemon akan keluar. Biarkan selama beberapa minutes, then rinse. Lepas tu shampoo your hair dengan any anti-dandruff shampoo. I am using Pentene, anti-dandruff. Try this for once a week. InsyaALLAH, itchy scalp tu akan hilang.

Senang aja kan? Murah saja lemon tu. Selamat mencuba.




Salam Sayang,

Friday, 5 February 2010

• Dia Maha Mengetahui :)

Salam alaik.

Syukur alhamdulillah, dapat juga saya update hari ini. Semua kuliah dibatalkan buat hari ini. Semua gara-gara event Gegau Satu Malaysia.

Kuliah dibatalkan, tapi saya masih perlu ke sekolah, menyelesaikan 2 assignments serentak. Need to see English teacher and make an appointment. Alhamdulillah, selepas ke beberapa sekolah dan mengharungi pelbagai kerenah berbagai jenis cikgu, saya akhirnya mendapat sebuah sekolah yang memang baik pengetuanya dan juga English teachernya. Hanya ALLAH dapat balas jasa kalian.

Busy? Tak yah cakap la, everyday aja saja assignments dan presentation yang nak kena siapkan. Betol lah cakap senior, semester 6 adalah semester yang paling mencabar. Paling menguji kesabaran dan paling tough. Next week I have 3 tests. What to say?

Tapi ALLAH memang maha Penyayang! Dalam kesibukan, DIA masih memberi saya ruang untuk mengingati DIA. Beramal dan terus menimba ilmu. Dia maha mengetaui apa yang terbaik untuk saya. Syukur! Buat kali pertamanya saya berpeluang mengikuti ceramah Ustaz Azmi (Dr Azmi, pakar motivasi- orang Melaka kenal la kot sapa dia ni). Pertama kali menjejakkan kaki, hati sayu dan hampir mengalirkan air mata. Adik-adik kecil datang berebut nak bersalam. Mulut penuh dengan senyuman yang amat manis dan tak habis memanggil "Kakak! Kakak!".

Bertuahnya mereka. Kecil-kecil lagi sudah diajar ke majlis-majlis ilmu. Berbeza dengan anak-anak kecil zaman sekarang. Alhamdulillah! Moga mereka juga akan berjaya dunia akhirat. InsyaALLAH.

Dan aku? Dah tua (consider myself tua dari budak-budak tadi, bukan golongan tua :P) dan masih lagi banyak kekurangan. Baru nak berjinak2 dengan majlis-majlis ilmu ni. Tu pun kalau jadual tak clash dengan kuliah agama tu. Haih! Nak mengajak teman buat baik pon tak mampu. Nak menyuruh kawan solat pon tak mampu. Nak tegur kawan buat salah pon tak mampu. Pathetic nya lah!!!

Teringat kata-kata Ustaz Azmi, bagaimana susahnya Nabi Muhammad nak berdakwah. Macam-macam dugaan beliau terima. Dianiaya teruk! Tapi, beliau masih tetap berdoa yang baik-baik untuk mereka. Ya, doakan yang terbaik untuk mereka. Moga ALLAH mengampuni dosa-dosa mereka dan bukakan pintu hati mereka agar kembali pada ALLAH. Jadi, macamana pon orang buat jahat kat kita, tetaplah doakan kebaikan untuk mereka :)

Pesan beliau lagi, kena selalu ingat. ALLAH maha mengetahui. Walau apa jua dosa yang kita nak sorokkan, ALLAH tahu. Jangan ingat kita buat dosa, tak ada orang tahu, kita gembira dan makin suka lakukan dosa. Selalu kena ingat, ALLAH ada, 24/7 Dia jaga kita. Sama-samalah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

Daripada Abu Raqaiyyah Tamim Bin Aus Ad-Dari ra bahawa Nabi saw telah bersabda : Agama itu adalah Nasihat. Kami bertanya : Untuk siapa ? Sabda Nabi saw : Untuk Allah, Kitab-KitabNya, para RasulNya, para pemerintah orang Islam dan orang awam mereka. ( HR Muslim )

Uih! Dah panjang merepek. Should stop here. Moga jumpa lagi, insyaALLAH.




Salam Sayang,


Saturday, 30 January 2010

• I am 23 :)

Salam alaik.


Ya, I know it is 4.20 a.m and I should sleep. But it is my birthday today. I woke up, and did some prayers. Syukur Alhamdulillah, ALLAH masih lagi berikan saya kesempatan untuk meraikan hari lahir yang ke 23 pada tahun ini.

But this time, there is no cakes for me. I don't want a cake. I don't want to blow the candles. Semua tu english punya style. Kenapa nak tiru depa? Kan?

Saya buat kelainan pada kali ini. Selalu, kalau birthday, orang yang akan belanja. But this time, saya nak belanja mereka pula. Saya masak meatball spaghetti untuk housemates dan kawan2 rapat. Alhamdulillah, mereka semua suka.


I slept earlier last night. And when I woke up the next morning, the first thing that will strike in my head is 'Oh man! I'm a year older today!' Hehehe. Too tired that I even ignored some text msg that keep coming after 12 am and woke up this morning to 87 facebook notifications that keeps increasing hour by hour. Thank you very much for all the birthday wishes people because you really make my day!

Of course I do have wishes. But this year, no more material wishes. For this year, I wish for being a good Muslimah. Berjaya di dunia dan akhirat. Itu sahaja :)

One year older, one year wiser. InsyaALLAH.



Salam Sayang,


Wednesday, 27 January 2010

• Hadiah Dari Sahabat.

Salam alaik :)

Hari ni kelas saya petang. Start jam 2.30 p.m sampai la 8.30 p.m. Hampir jam 12.40 p.m, hon tak henti2 bunyi depan rumah. Ya ALLAH, siapa pula yang memekak depan rumah ni? Ingat jiran sebelah yang sentiasa buat bising. Mentang2 ada kereta, selalu bunyikan hon kereta dia, Ishk! Kadang-kadang annoying sangat. Tapi, alhamdulillah masih boleh sabar :)

Rupanya abang postman! Housemate keluar dan rupa-rupanya ada parcel untuk saya. Sekali lagi hati tertanya-tanya (dalam masa yang sama berbunga riang :P). Mesti ada orang hantar hadiah ni. Hehehe. Dah boleh agak!

Tapi tak disangka ia merupakan hadiah istimewa dari seorang sahabat dunia akhirat. Nor Akma binti Ismail, I lve you, sampai syurga! Eceh. Thank you so much! Patut la dok message banyak2 kali tanya saya dah dapat belum buku tu.

(a great book, Apa Erti Saya Menganut Islam and a CD of Ketika Cinta Bertasbih)


Sebenarnya, saya dok cari buku ni sangat lama. Masa mula-mula join usrah, seorang kakak bagi saya pinjam buku ni. Tapi sebab segan nak pinjam lama-lama, saya baca separuh saja. Dan niat dalam hati nak beli buku ni. Hampir setahun dah kot dok cari buku ni. Most of the book shop cakap dah habis stock. Sumpah hampa! Huhuhu.

Dan sangat tak sangka saya dapat buku ni dari sahabat baik saya sempena hari lahir saya. Oh! Alhamdulillah. Syukur!

"Kawan yg baik ialah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringatkan Allah...
mendengar percakapannya,mencambahkan ilmu agama dan apabila melihat gerak gerinya,maka teringatkan mati."

Semoga ALLAH merestui hubungan persahabatan kita sehingga ke syurga. InsyaALLAH :)



Salam Sayang,

Sunday, 24 January 2010

• Muhasabah Diri

Salam alaik.

Alhamdulillah, saya masih lagi dapat menghirup udara segar yang dipinjamkan oleh ALLAH. Weekand ini agak rileks walaupon menggunung assignments yang menunggu untuk disiapkan. Fikiran sudah melayang ke cuti hari raya kaum Cina. Tiket pergi-balik sudah dibeli awal2 lagi. Rindu pada keluarga makin membuak-buak. Last duration, 25:09:24 setelah bercakap dengan bonda tercinta. Ya ALLAH banyak sungguh cerita daripada beliau. Rindu Si Bonda, sudah lama tidak bercerita panjang. Kami memang suka berkongsi cerita. Oh! Rindunya!

Hari ini saya ke Pasaraya Tesco. Membeli keperluan asas yang sudah habis. Kalau ikotkan hati, malas sungguh nak keluar. Tapi apakan daya, takkan asyik nak kirim order dekat housemates. Malu juga. Saya fikir, kalau keluar awal pagi, saya tidak akan bersesak-sesak dengan manusia, saya tidak akan menunggu lama di kaunter bayaran. Tapi, ternyata dugaan saya silap. Keghairahan masyarakat Cina (Melayu pon tumpang sekaki) untuk menyambut perayaan mereka membuatkan pasaraya itu sesak walaupun masih di awal pagi. Betol la orang cakap, 'orang Cina memang suka bangun awal pagi'. Satu sikap yang harus dicontohi. Melihat limpahan manusia di pasaraya itu membuatkan saya terfikir. Ya ALLAH, di padang Masyar kelak manusia akan melimpah begini lah. Semua makhluk akan berkumpul di situ. Tapi lagi banyak dari limpahan manusia di pasaraya ini.

Tak kala melihat bermacam ragam manusia, saya kembali terfikir. Amalan aku masih belum lagi cukup. Andai diberi sejuta tahun lagi pun, aku tidak akan berpuas hati. Janji ALLAH yang pasti, MATI. Lambat atau cepat. Tua atau muda. Islam atau kafir. Kaya atau miskin. Baik atau jahat.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. [29:57]



Makin gerun saya memikirkan janji ALLAH ini. Mampukah aku meniti titian sirat itu nanti?

Lagi takut bilama memikirkan diri yang masih fakir. Menulis, berfikir dan mengkritik kesalahan orang lain. Sedangkan diri sendiri juga masih banyak salah dan silapnya. Teringat kata-kata Mustafar Masyur, perBAIKI diri, SERUlah orang lain. Ya ALLAH, moga dosa-dosaku diampunkan dan taubatku diterimaMU ya Rabb! Amin.





Salam Sayang,

Wednesday, 20 January 2010

• Tak Ada Tajuk.

Salam semua :)

Semoga kalian sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH, insyaALLAH.

I don't know what is the best title for this entry. I just keep writing first and then baru fikir pasal tajuk. Eceh! Konon-konon penulis novel la tu :P

I slept at 10 p.m last night and woke up at 3.40 a.m. Tersedar sebab ada satu sms masuk.

"Salam dha. Nak join usrah tak? Hari selasa free tak?"

Terus tidak mengantok. Did some prayers and tiba-tiba terfikir. Oh! Sudah lama tidak berusrah. Sudah lama mengidam makanan untuk rohani ni. Of course I would reply yes! I want to join. Di saat-saat ke-dilemma-an saya sekarang ini, saya sangat-sangat memerlukan banyak motivation yang boleh mengurangkan ke-dilemma-an saya itu.

Dilemma? Kenapa? As for 3 weeks the lecture started, I felt that it is so hard for me to be a good teacher. Bagi sesetengah pihak, they might say, alaaaa! It is only teaching. Apa yang susahnya? And do you know that once you enter the school you are not only involve with teaching??? It involves the school, other teachers, students, staff, and etc. I am not only going to teach English but educate my students. Educate means to stimulate or develop the mental or moral growth of my students.

Mampukah saya? Sedangkan saya masih lagi jahil dan kurang segala-gala.

Kenapa saya tak memikirkan semua ini 5 tahun dahulu sebelum saya membuat keputusan untuk memilih jurusan education in TESL ni? Kenapa baru sekarang nak berfikir?

'Ada dua sikap yang boleh dijadikan sebagai kekuatan agar seseorang mampu meraih ,manfaat dari kesulitan yang menimpanya:

1) Sikap yang paling ringan iaitu memiliki kekuatan hati untuk menerima setiap kesulitan yang menimpanya

2) Dan sikap yang sangat berat iaitu mampu menyerahkan sepenuhnya (tafwidh) atas kesulitan yang dihadapinya kepada Dzat yang Maha Menguasai dirinya dan Yang Maha Memberi rezeki kepadanya.'

Tepuk dada tanya iman. Ya Rabb! Permudahkanlah segala urusan hamba Mu yang lemah ini. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku. Amin




Salam Sayang,

Saturday, 16 January 2010

• I Heart You! ♥

Salam.

Oh! I am being extra happy today. Alhamdulillah, thank you ALLAH. I just received my earliest birthday present from my beloved sis, Dr. Zue! Hey, too early ok. 13 days left. Hihi.

It was a nice pink wrapped present. Dok terfikir apa la agaknya. Macam-macam fikir. Hehehe. Tapi, excited nak baca kad dulu.

OMG! Your writing is getting worst beb! The nice poem made me felt 'awwwww! I know you lve me'. And I lve you too. *HUGS

And it was written 'Eventhough its not DSLR or Digicam (as I cannot afford), hope you like it!'
Eleh, tipu la tak boleh afford SLR! HAHAHA. Tak apa, aku beli sendiri nanti. And, of course I like your present damn much. You knew that I've been aiming this set of BS Aqua Lily set for a long time kan? Thank you so much! I never think that you are remember about this!(sebab kau kan pelupa). Hehehe.

And, I miss you!




Salam Sayang,


Friday, 15 January 2010

• Carilah Redha Illahi

Salam :)

Bertemu lagi kita. Alhamdulillah, sempat juga postkan entry walaupon sibuk sedikit. Terpanggil untuk post entry sebab mengalami sendiri keperitan ini minggu lalu.

Biasalah, hidup berkawan, hidup bermasyarakat, kita tidak akan pasti dapat memuaskan hati semua orang. Dalam sekelompok manusia pasti ada yang merasa tidak senang atau suka kepada kita. Kadang-kadang idea kita bercanggah dengan idea dia. Kadang-kadang kita rasa kita dah betol, tapi masih lagi ada orang yang akan cakap kita tak betol. Kadang-kadang perlakuan kita disalah erti. Kadang-kadang ada yang memutar-belitkan cerita untuk meraih publisiti. Susah? Susah jugak! Susahnya nak menjaga hati semua pihak.

At one point, bila saya dah tak dapat nak faham, nak terima dan nak berdepan dengan semua ni, saya text my best friend! Alhamdulillah, Allah kurniakan saya sahabat yang sanggup bersama bila kita bersedih, berduka lara, susah mahupun senang. Her last text really make me think deeply.

'Banyakkan bersabar. Biarlah dia nak cerita buruk pasal kita, dia akan dapat dosa. Yang penting you dah buat benda betol. Tu urusan dia dengan ALLAH. You doakan dia semoga dia sedar kesalahan dia.'

Sangat positif kan? Ya ALLAH! Kadang-kadang saya terlalu takot dengan manusia. Takot dengan kutukan dan ejekan orang. Takot ini, takot itu. Jahilnya! Saya patut takotkan ALLAH, bukan manusia. Redha ALLAH yang perlu saya cari, bukan redha manusia. Thank you so much Nur Akma, awak dah sedarkan saya!

And I did read this on someone's blog. Sungguh menarik :)

[Gambar sekadar hiasan :)]

Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa
Carilah redha Tuhan, kita akan tenang
Janganlah cari redha manusia, kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita, sukanya terkadang pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga
Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang
Janganlah berbuat sesuatu karena keredhaan manusia
Karena manusia ramai yang tidak mengenang jasa
Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting yang kita buat itu Tuhan suka
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendak mencaci
Itu soal dia
Yang penting ikut apa kata Tuhan
Keredhaan Tuhan itu penting
Redha-Nya adalah balasan
Balasan-Nya adalah berkekalan
carilah keredhaan Tuhan, hati tenang

- Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi


Redha Illahi yang harus kita cari!




Salam Sayang,

 
Blogger design by suckmylolly.com